Loading... Please wait...

Our Newsletter


Business Chatting


ShoutMix chat widget


Wanita Niaga Mall on Facebook

Banner Advertisement



Tempah Ruang Iklan B3 Tempah Ruang Iklan B3

Contact



email/ym : admin@wanitaniagamall.com
014-6692844
03-61488430
03-60384521

Advertise With Us!

Berikut adalah kadar bayaran untuk Wanita Niaga Mall.

1- Pendaftaran RM 30
2- Sewa sebulan RM 10 atau setahun RM 100
3- Minimum tempoh sewa adalah 3 bulan
4- Kadar 10% margin keuntungan akan ditolak dari setiap jualan yang dibuat.
Sebagai contoh : produk bernilai RM 50 akan ditolak RM 5 untuk dibayar kepada Wanita Niaga Mall bagi urusan pengurusan dan pentadbiran Mall.

Contoh kiraan :
Sekiranya anda berhasrat untuk menyewa selama 3 bulan. Berikut adalah jumlah bayaran yang anda perlu jelaskan.
Pendaftaran RM 30
Sewa          RM 30
------------------------
       Jumlah RM 60
=============

Sila klik di sini bagi tujuan pendaftaran dan pengesahan bayaran.

 

Mengapa 10% margin keuntungan di tolak dari setiap jualan yang berlaku ?

1- Kos Penyelenggaran : Kos penyelenggaran website berkonsep shopping Mall diselenggarakan sepenuhnya oleh Wanita Niaga Mall. Sekiranya anda melantik pihak lain untuk menyelenggara laman web anda sendiri sudah tentu kos mencecah ratusan ringgit. Di Wanita Niaga Mall, semuanya diuruskan oleh pentadbir.

2- Kos Pengiklanan : Kos pengiklanan Wanita Niaga Mall di tanggung oleh pentadbir. Sebagai Usahawan, anda tidak perlu pening kepala memikirkan di mana atau bagaimana hendak mengiklankan produk dan laman web anda. Pihak pentadbir akan mengiklankan di Google Adwords dan Yahoo Search Marketing. Kaedah pengiklanan ini juga berbayar. Wanita Niaga Mall juga akan di daftarkan pada lebih 100 laman web search engine di dunia.

3- Kos Sistem Shopping Mall/Virtual Mall : Wanita Niaga Mall menggunakan sistem shopping cart yang mencecah ribuan ringgit. Anda boleh lihat di sini : http://www.interspire.com . Sistem shopping cart yang canggih dan begitu mudah untuk anda pelajari, memang amat membantu anda khususnya para newbie yang baru berjinak-jinak untuk memulakan penjualan/promosi produk di internet. Sekiranya anda newbie/orang baru dalam bidang perniagaan di internet, inilah tempatnya untuk anda memulakannya tanpa memerlukan modal yang besar.

Mudah sahaja. Hanya perlu bayar mengikut tempoh sewaan yang anda kehendaki dan pelajari sedikit tatacara mengambil gambar produk dan mulakan meng'upload' gambar ke Mall ini. Manual akan disiapkan secepat mungkin bagi membantu anda.

Anda tidak perlu bersusahpayah untuk membina dan menguruskan laman web sendiri yang bagi sesetengah pihak begitu memeningkan kepala. Malah kosnya juga mencecah ratusan ringgit. Bukankah ini menjimatkan masa anda ?

4- Populariti Wanita Niaga : Di dalam menjalankan perniagaan internet khususnya bagi anda yang baru bermula, perkara paling sukar untuk anda lakukan di antaranya ialah promosi bukan ?. Setelah anda bersusahpayah membina laman web, perkara utama seterusnya yang perlu anda lakukan ialah iklan dan promosi berterusan supaya ramai yang mengetahui kewujudan laman web dan perniagaan anda. Malah yang paling penting, terus membeli produk dari anda bukan ?

Untuk pengetahuan anda, Wanita Niaga Mall adalah milik Wanita Niaga Enterprise yang diselenggarakan sepenuhnya oleh Pengurusnya iaitu Pn. Norazlina Ramdzan. Beliau telah menjalankan perniagaan internet selama 4 tahun. Insyaallah 1 Mac 2010 ini Wanita Niaga akan mencapai usia 3 tahun. Ya, selama 3 tahun itulah Wanita Niaga telah mampu membina jaringan atau network yang terdiri dari pelbagai peringkat umur, pelbagai bidang pekerjaan, pelbagai bidang atau jenis perniagaan yang kesemuanya mendaftar di Forum Wanita Niaga dan juga Wanita Niaga Dot Com.

Wanita Niaga juga sentiasa menjadi rujukan kepada ramai diluar sana bagi tujuan memulakan perniagaan internet, ataupun bagi mencari produk dan juga perkhidmatan yang ditawarkan.

Wanita Niaga juga telah sebanyak 3 kali diiklan di beberapa risalah iklan di antaranya Market Trend, Majalah Aniqah dan Mingguan Wanita. Wanita Niaga juga sering menyertai program-program pameran secara berkumpulan seperti di Mid Valley pada tahun 2008, Miccos pada tahun 2009 dan pernah membuka gerai pameran di Bazaar Ramadhan. Gambar-gambar anda boleh lihat di forum.

Justeru, atas semua perkara yang disebutkan di atas telah membantu meningkatkan populariti dan membina kredibiliti nama Wanita Niaga itu sendiri di dunia maya ini. Perkara ini amat penting untuk membantu pihak pengguna/pembeli dari segi keyakinan dalam membeli produk di laman Mall ini. Bukanlah mudah untuk meyakinkan mereka untuk terus membeli produk dari anda melalui laman web anda sendiri, jika mereka tidak mengenali anda. Namun, melalui Portal Komuniti Usahawan Wanita ini mereka sudah tentu akan mencari maklumat dan mengkaji latarbelakang anda sebelum membuat keputusan untuk membeli.